Wednesday, December 7, 2011

marry me marie chocolate cheesecake

Pernah tengok tak drama Korea ... Marry Me, Mary ??? ;-).  Saya sendiri pon tak pernah tengok ;-).  Bukan tak minat cerita Korea tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini minat saya untuk menonton TV sangat merudum.  Kadang2 rasa tak berbaloi pulak melanggan Astro.  Bayar bulan2 tapi tak tengok pon.  Itupon saya dah tukar kepada pakej yang paling murah.  Kalau tak rasanya lagi la membazir.

Kek Lapis Cheese Pesona

Apa kaitan cerita Marry Me, Marry dengan chocolate cheesecake ni ??? ... Jawapannya ialah .... tak ada kaitan langsung ... haha.  Saya sebenarnya menamakan semula kek ni kerana ia menggunakan biskut marie ... ala2 kek batik gitu.  Kek ini asalnya diberi nama Kek Lapis Cheese Pesona oleh tuan punya resepi iaitu Ryo.  Hmmm ... jangan tak percaya ... lelaki tau yang cipta resepi ni ... memang tabik lah.  Apapon saya menyusun sepuluh jari pada Ryo kerana telah dengan sengajanya menamakan kek ini sebegitu rupa dan juga nak mintak izin untuk copy paste resepi Kek Lapis Cheese Pesona kat sini ;-). Untuk kek ni saya buat separuh saja daripada adunan kat bawah ni memandangkan di rumah ni hanya saya seorang sahaja spesis pemakan kek ! heeee :D .....

Langkah demi langkah ...
Susun, sejukkan dan siap dipotong. 
KEK LAPIS CHEESE PESONA  
Resepi oleh :Ryo

~ Bahan2 A :
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
~ Bahan2 B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus
CARA2NYA :
  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair.
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.
  4. Sediakan bekas yang dialaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar, padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw).
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan.
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis, biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese. (Kalau pakai jenama LEE, boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk, biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
So, macam tu lah rupa kejadian Kek Lapis Cheese Pesona saya.  Tak lawa la saya buat ;-( ... tu la sape suruh tak ikut resepi betul2 kan ?? .. Yang buat saya rasa geram sangat ialah saya terlupa step yang ke-10 tu.  Saya terlupa nak tapis biskut yang dah diramas tu.  So jadi la macam ada batu2 kerikil kat atas kek saya ni ha ... dahhhh tak cantikkk ... huuuu ... nampak gayanya kena cuba buat lagi ni ... sampai jadi cantik.  Tapi yang penting kek ini sangat senang dibuat dan sangatlah sedap ... hmmmm ... cuba... cuba ...

4 comments:

  1. nanti sy free bile sy dah siap , sy tag kat awok okayhh ? tehee ^^
    terima kasih daun keladi , kalau ade yg simple2 buatlah untuk saya lagi . ekikiki ^^

    ReplyDelete
  2. okay sayang ;-) ... nanti saya update lagi resepi2 yang simple untuk awak ye ;-)

    ReplyDelete
  3. akak..mintak izin amik resepi...sye pun spesis suka makan kek..

    ReplyDelete