Friday, December 23, 2011

Kare Pan

Kare Pan
Juadah minum petang merangkap makan malam hari ini ... Kare Pan. Mendengar namanya saja buat kita tertanya2 ... salah eja ke ???. Bukan ... bukan salah eja... cuma resepi ni kata Kak Hana memang famous kat Jepun yang bermaksud Roti Kari. Memang sedap aja nampaknya Kare Pan yang Kak Hana buat. Jadi petang tadi saya pon mencuba resepi Kak Hana ni. Memang sedap ... gebu tapi rangup sangat di luar. TQ ye Kak Hana, mintak izin tempek resepi kat sini ;-).

... nak jugak tayang gambar si cantik gebu ni ;-p

KARE PAN
Resepi Asal :Hana

BAHAN2 :
  • 200g tepung gandum @tepung roti
  • 16g butter
  • 18g gula
  • 4g yis kering
  • 2g garam
  • 90-110ml susu segar suam (resepi asal 150ml tp agak lembik)
  • Utk saduran - Telur dan breadcrumbs
 
Inti yang saya buat ikut cara sendiri ...
    Inti Kari (cara Kak Hana)
    • 3-4 biji kentang - potong dadu
    • 1/2 btg carrot - potong dadu
    • 100g daging cincang - hana gune ayam
    • 1/4 bawang besar
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 sudu makan ikan bilis@udang kering - hana campur
    • 2 sudu makan serbuk kari - bancuh jd pes
    • 2 sudu makan tepung katakuriko - (resepi asal) - hana x ltk
    • hirisan daun sup
    • garam dan gula

     

    CARA2NYA :
    • Utk membuat inti - blend bwg besar,bwg putih, ikan bilis dan udang kering. Panaskan minyak. Tumis bhn blend. Masukkan pes kari. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging. Kacau lagi. Masukkan pula kentang dan juga carrot serta air secukupnyer. Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kentang empuk. Last skali taburkan hirisan daun sup. Resepi asal ltk tepung supaya agak mudah nak masukkan ke dalam roti. Sejukkan.
    • Untuk membuat roti - Masukkan semua bahan ke dalam BM. Pilih setting dough. ONkan tunggu hingga siap. Jika menggunakan tangan uli semua bahan (gaul bhn kering dahulu). Masukkan campuran air@susu segar suam dan yis yang telah diaktifkan terlebih dahulu sedikit demi sedikit hingga tidak melekat di tangan, lembut dan elastik. Perap doh hingga naik dua kali ganda.
    • Tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 20-30g setiap satu. Canaikan memanjang seperti membuat cek mek molek. Masukkan inti. Tutup dengan rapat agar inti tidak keluar semasa menggoreng. Buat sehingga habis.
    • Kocok2kan telur. Celup roti tadi ke dalam telur. Seeloknya gune penapis supaya senang nak angkat dan toskan telur yg berlebihan. Golek2kan ke dalam breadcrumbs. Buat sehingga habis. Rehatkan seketika lebih kurang 10-15min.
    • Panaskan minyak. Goreng pan tadi hingga keperangan. Angkat dan toskan. Enak dimakan panas2. 

    2 comments:

    1. hehe.. mmg famous roti kari kat jepun nih. diorng suka sgt mkn roti kari. tp kari jepun manis. :)

      ReplyDelete
    2. tu la ... kak intan tak tau la pulak orang jepun pon pandai makan kari ...

      ReplyDelete