Wednesday, February 6, 2013

Best Buttermilk Pancakes

Khas buat kawan2 yang teringin nak mencuba buttermilk pancakes yang gambarnya saya upload di FB baru2 ni.  Sorry sangat2 sebab mengambil masa yang agak lama nak menunaikan permintaan kawan2 yang inginkan resepi.  Tentang resepi pancake ni... boleh saya katakan ini adalah resepi pancake yang terbaik yang pernah saya cuba. Sangat2 berpuas hati dengan rasa dan teskturnya yang sangat gebu. Resepi dari Martha Stewart saya sertakan di bawah ye...


BEST BUTTERMILK PANCAKES
Resepi oleh :Martha Stewart

Ingredients
2 cups all-purpose flour
2 teaspoons baking powder
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
3 tablespoons sugar
2 large eggs, lightly beaten
3 cups buttermilk
4 tablespoons unsalted butter, melted, plus 1/2 teaspoon for griddle
Directions

1.  Heat griddle to 375 degrees. Whisk together flour, baking powder, baking soda, salt, and sugar in a medium bowl. Add eggs, buttermilk, and 4 tablespoons butter; whisk to combine. Batter should have small to medium lumps 
2.  Heat oven to 175 degrees. Test griddle by sprinkling a few drops of water on it. If water bounces and spatters off griddle, it is hot enough. Using a pastry brush, brush remaining 1/2 teaspoon of butter onto griddle. Wipe off excess. 
3.  Using a 4-ounce ladle, about 1/2 cup, pour pancake batter, in pools 2 inches away from one other. When pancakes have bubbles on top and are slightly dry around edges, about 2 1/2 minutes, flip over. Cook until golden on bottom, about 1 minute. 
4.  Repeat with remaining batter, keeping finished pancakes on a heatproof plate in oven. Serve warm.

Wednesday, August 1, 2012

Kepak Ayam Madu Panggang

Dah lama sangat tak update blog. Nak harap masa cuti sekolah aje la kan baru rajin sikit nak ambik gambar masak2 dan buat entri baru. Tapi hari ni semangat lain macam sikit sebab tadi untuk buka puasa saya dapat masak kepak ayam madu panggang yang betul2 mengikut citarasa saya. Dari petang tadi sebenarnya saya dah merayau2 dari blog ke blog untuk mencari resepi kepak ayam madu panggang ni tapi tak jumpa resepi macam yang saya mahukan. Saya nak makan kepak ayam madu macam yang selalu dijual di pasar2 malam atau di pasar ramadan (yang sedap la kan ;-P ...) . Tapi, kebanyakan resepi yang saya jumpa di blog2 guna macam2 bahan macam kicap, sos tiram, sos cili dan jintan.Rupanya lain, warnanya lain dan pasti rasanya juga mesti lain. Sedap tu memang la nampak sedap tapi disebabkan saya nak buat macam yang dijual di pasar malam tu dan mengikut deria rasa saya ni bahan2 tu tak dimasukkan ... jadi saya pon main agak2 dan campak2 aje lah bahan2nya ikut firasat saya. Alhamdulillah... walaupon sangat2 simple tapi rasanya sedap dan boleh dikatakan 99 % sama. 

Kepak Ayam Madu Panggang

KEPAK AYAM MADU PANGGANG
BAHAN2NYA :
8 ketul kepak ayam
3-4 sudu makan serbuk cili
1-2 sudu makan gula merah 
2-3 sudu gula pasir (kebetulan saya tak ada madu tadi ... so ganti dengan gula)
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa
beberapa sudu air
sedikit minyak masak

CARA2 :
1. Basuh dan toskan kepak ayam.
2. Campurkan semua bahan2 kering. Bancuh dengan beberapa sudu air hingga menjadi pes yang pekat. Kebanyakan bahan ni sukatannya saya main agak2 je. So sesuaikan la secukup rasa ye.
3. Masukkan kepak ayam yang telah ditos. Gaul rata dan biarkan ia diperap seketika.
4. Panaskan ketuhar. Sapukan sedikit minyak pada dulang pembakar dan titiskan sedikit minyak di atas ayam sebelum dipanggang.
5. Panggang selama 15 minit. Terbalikkan kepak ayam selepas 10 minit supaya ia masak dengan rata.
6. Kepak ayam madu panggang siap untuk dihidang.


Thursday, May 31, 2012

Nasi Tomato


BAHAN2NYA :
3 cawan beras basmathi (direndam 30 minit)
3 cawan air
1 cawan susu cair
2 biji bawang besar (dikisar dengan bawang putih dan halia)
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan tomato puree
1 biji besar buah tomato yang cukup masak (dipotong kiub)
1 sudu makan tomato puree
1 sudu makan tomato sos
1/2 kiub pati ayam maggi
garam secukup rasa
sedikit gula batu
minyak sapi secukupnya dicampur dengan sedikit minyak untuk menumis
1 biji bawang besar dihiris
Sedikit kismis untuk ditabur
Sedikit bawang goreng untuk hiasan.


CARA2 :
1. Beras basmathi direndam selama 30 min. Toskan.
2. Tumis bawang, bawang putih dan halia yang telah dikisar bersama2 bahan penumis (kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang) hingga sedikit garing.
3. Masukkan buah tomato yang telah dipotong kiub kecil2. Kacau hingga tomato layu.
4. Masukkan kiub pati ayam maggi, tomato puree dan tomato sos. Kacau sebentar.
5. Masukkan air, susu, sedikit gula batu dan garam secukup rasa. 
6. Apabila air telah mendidih, masukkan beras.
7. Apabila nasi hampir kering, masukkan bawang besar yang telah dihiris. 

8. Setelah nasi masak, taburkan kismis.  Boleh juga taburkan gajus jika suka.
9. Taburkan bawang goreng semasa menghidang.



Wednesday, May 30, 2012

Oreo Cupcakes With Cream Cheese Frosting


OREO CUPCAKES WITH CREAM CHEESE FROSTING
Oleh : Dang Suria Zainuddin
Sumber : Majalah Saji bulan April 2012

BAHAN2 :
40 g biskut Oreo (buang krim dan dihancurkan)
250 g tepung gandum (dicampur dengan baking powder & diayak bersama)
1 sudu teh baking powder
2 biji telur
90 g mentega (dicairkan)
180 ml susu segar
100 g gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

BAHAN2 KRIM ICING:
120 g mentega
200 g gula icing
1 sudu teh esen vanilla


Untuk cupcakes yang saya buat kat atas ni, saya gunakan cream cheese frosting. Resepi yang saya guna untuk cream cheese frosting ni saya ambil dari laman web allrecipes.com. Saya buat setengah adunan daripada resepi asal dan jadi cukup2 je untuk adunan cupcakes ni.


BAHAN2 CREAM CHEESE FROSTING (1/2 adunan)
225 g cream cheese
58 g mentega
125 g gula icing
1 sudu teh esen vanilla

CARA2NYA :
1. Pukul telur bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan mentega yang telah dicairkan.
3. Masukkan susu segar.
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.
5. Masukkan oreo yang telah dihancurkan.
6. Bakar pada suhu 200c selama 10 - 12 min atau hingga masak. Sejukkan.
7. Pukul mentega dengan gula icing hingga kembang. Masukkan esen vanilla.
8. Hiaskan cupcakes dengan krim icing dan biskut oreo.


Untuk menyediakan cream cheese frosting...


1. Pukul cream cheese dengan mentega hingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan gula ising sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
4. Sedia untuk dihias pada cupcakes.



Monday, February 13, 2012

Milo Double Chocolate Chip Muffin

Nampaknya sejak kebelakangan ni mood nak berblog kurang sangat. Ada 3 4 entri jugak la yang tertangguh.  Dah masak, dah ambik gambar elok2, dah post dekat FB tapi bila sampai tang nak mengedit gambar & mengarang tu dia tersangkut pulak. So entri kali ini, mungkin paling ringkas dalam sejarah blog ini ;-). Dipendekkan cerita, muffin yang sedap ni resepinya saya ambil dari Blog Ayu dari Singapura. Ada beberapa lagi resepi dari blog Ayu yang dah lama masuk dalam waiting list untuk saya cuba. InsyaAllah ... bila mood rajin saya datang, saya akan cuba dan share kat sini ye.


MILO DOUBLE CHOCOLATE CHIP MUFFINS
Sources:-From Ayu@Curlybabe's Satisfaction, Happy Home Baking

Ingredients:-(
makes 9 big muffins)
270g self raising flour
30g Milo (Ayu added 40g-50g)
1 tsp baking powder
55g butter
80g sugar(Ayu added 100g)
150g milk or semisweet chocolate chips (Ayu used 20g-30g more)
2 eggs, lightly beaten
225ml milk

1 tsp vanilla extract(vanilla essence)
1 tsp ovallette

Method:-

1. Preheat oven to 200 degreeC . Grease a 12 cup muffin pan or line with paper muffin cups.
2. Mix the flour, milo and baking powder in a large bowl.
3. Rub in the butter until the mixture resembles bread crumbs.
4. Stir in sugar and chocolate chips.
5. In a small bowl, whisk together the eggs, milk and vanilla extract. Pour the mixture all at once into the dry ingredients. Mix quickly until just blended. Do not over mix.
6. Spoon batter evenly into thr prepared muffin pan and bake for 20 mins or until golden brown, and a skewer inserted into the centre comes clean.
7. Cool in the pan for 10 mins then transfer to a wire rack to cool completely.