Sunday, December 4, 2011

roti putih + kuah durian ...

mood nak meroti sudah kembali ;-) .... heeee ...

Roti Putih & Kuah Durian


Petang tadi sambil bersantai2 dekat2 pukul 3 gitu tiba2 je teringat nak buat kuah durian.  Cadangnya mula2 tu nak buat roti jala makan dengan kuah durian... tapi lepas tu teringat la pulak nak buat roti putih ni ... breadmaker tu pon dah lama tak berasap. so ... Mendengar cadangan untuk minum petang tu ... che abang saya pon tanpa berlengah2 lagi terus bersiap dan keluar mencari durian.  Semangat betul ;-).

Dari yang sedang dibakar hingga yang siap dipotong... 



Sementera che abang mencari durian ... saya sediakan bahan2 dan buat rotinya dulu. Untuk buat roti ni kalau pakai BM siap sekali bakar akan ambil masa 3 jam.  So sedang elok la tu ... start on BM pukul 3 dalam pukul 6 lebih dah boleh minum petang ;-).  Untuk resepi roti ni saya guna yang dalam buku resepi BM tu je.  Okay jugak kejadiannya. Resepinya seperti di bawah ...

WHITE BREAD
1 1/3 cawan air (suhu bilik)
1 tbsp minyak sayuran
1 tsp garam
1/2 tsp bread improver (saya yang tambah)
1/2 tsp bread softener (pon saya yang tambah)
3 1/3 cawan tepung roti
1 tsp gula putih (saya guna gula halus)
2 tsp yis kering (mauripan dan yang seumpama dengannya)

CARA2NYA :
-  Campurkan semua bahan2 basah dahulu diikuti bahan2 kering ke dalam BM dan tekan butang ON. 
-  Sambung menonton TV dan tidur jika mahu ... hehehe ...
-  Setelah 3 jam, keluarkan dari BM.  Biarkan roti selama 10 min dalam bread pan  sebelum ia dikeluarkan dan disejukkan di atas redai.

UNTUK KUAH DURIAN

-  Untuk kuahnya saya takde sukatan tertentu.  Masak agak2 je ikut banyak mana yang nak dimasak.  
-  Kuah durian ni saya suka kalau kalernye tu gelap.  Tak berapa berselera sangat kalau warnanya putih pucat je. Bahan2nya ...

-  isi durian
-  santan
-  sedikit air 
-  gula kabung (jika ada... kalau takde pakai gula merah semata pon ok)
-  gula merah
-  sedikit gula putih (jika perlu ... kalau dah manis tak payah letak)
-  sedikit garam
-  daun pandan

CARA2NYA :

-  Campurkan semua bahan dan masak atas api sederhana perlahan sehingga kuahnya pekat dan nampak sedikit berkilat.
-  Siap untuk dicicah dengan roti putih, roti jala atau apa2 saja semahu anda ;-).

Roti yang dah siap dipotong.  Masih suam2 lagi ;-)...


No comments:

Post a Comment