Tuesday, December 6, 2011

Ayam Merah Kamalam


Ayam Kamalam

Ayam Kamalam ? Kenapa namanya Ayam Kamalam ?.... haaaa .... ada cerita di sebalik nama resepi ni.  Ayam Kamalam ni merupakan salah satu daripada resepi kegemaran saya sejak kecik2 lagi.  Kiranya resepi ni dah jadi resepi keluarga saya.  Nama Kamalam ni kami dapat dari nama tuan punye resepi ni iaitu nama kawan kakak saya yang berbangsa india.  Masa tu time Deepavali .... kakak2 saya ni pergi la ke rumah Kamalam ni dan maknya menghidang masakan ni.  Disebabkan ianya sangat sedap .... so kakak2 saya pon menggodek la rahsia resepinya.  So sejak itu lekat la nama Kamalam untuk resepi ni.  Disebabkan ianya sangat mudah, sangat sedap disamping baunya yang wangi dan menyelerakan... so kerap la kakak2 saya masak resepi ni masa saya kecik2 dulu.  Resepi ni kalau nak ditukarkan dengan ikan pon boleh.  Sebarang ikan... ikan kembung, ikan merah ...semuanya sedap.  Kalau daging saya belum pernah cuba lagi...

Kalau nak tau ...  sejak sekian lamanya tak makan masakan ni, hari ni adalah hari ke tiga saya masak resepi Kamalam ni ...haha ...over betul. Hari pertama saya guna ikan kembung, semalam saya guna kepingan ikan janahak dan malam ni saya guna ayam.  So ... kepada mereka yang tak cukup masa, terasa mood nak masak tu kureng dan nak masak sesuatu yang simple, cepat dimasak dan sedap dimakan .... boleh la cuba resepi kat bawah ni.  Kebanyakan sukatannya saya main agak2 je sebab selalunya bila saya memasak lauk pauk ni tak pernah sukat betul2 pon cuma ikut rasa je.  bukannya buat kek atau roti pon kan ... kalau kek ngan roti tu lain la ... 

AYAM KAMALAM

Setengah ekor ayam dipotong kecil (ikut suka)
4 biji bawang besar dipotong bulat/ separuh bulat (agak2, lg banyak bawang lg sedap)
10 tangkai daun kari (ni pon agak2, lg banyak lagi wangi)
10 sudu besar cili kering yang dikisar (pon boleh letak lebih jugak)
Sedikit kicap manis 
Sedikit serbuk kunyit
Garam (secukup rasa)

CARA2NYA :
  • Ayam digaram kunyit, digoreng hingga masak dan ketepikan.
  • Dengan menggunakan minyak yang sama (tinggalkan sikit je) tumis bawang dan daun kari hingga wangi dan bawang sedikit layu ... ketepikan
  • Tumis sebentar cili yang dikisar sehingga masak dan masukkan secubit garam.  Pastikan cili tidak hangit.
  • Masukkan semua ayam, bawang dan daun kari. Kacau rata.
  • Masukkan sedikit kicap manis.  Jangan terlalu banyak.... sekadar mengubah warna cili menjadi sedikit gelap... nanti terlebih jadi masak kicap pulak...
  • Kacau rata dan sedia untuk dihidang.  Mudahkan ?

Dihidangkan dengan nasi panas2 .... sedappppp


No comments:

Post a Comment