Sunday, December 18, 2011

Cakoi

Malam semalam dekat FB saya tengok kawan saya Yoo di Hiroshima buat karipap.  Nampak sedap betul karipap inti kari tuna dia. Nasib baik la dah lewat malam ... kalau awal lagi mau saya pon buat jugak. Disebabkan terliur tengok karipap tuna dia, saya pon mula la pasang angan2 nak buat karipap kari tuna pagi ni. Tapi, kerana malas nak keluar ke tesco mencari tuna flakes... langsung tak jadi buat...

Lepas tu teringat pulak nak buat cakoi ni. Skarang ni saya memang minat betul nak bermain dengan doh ni. Bukan apa, suka sangat setiap kali tengok doh tu jadi cantik gebu bila dikeluarkan dari breadmaker tu. Kalau dulu, apa saja yang saya buat menggunakan yis ni jarang2 menjadi. Tak reti sungguh nak masak gunakan yis ... mesti kelam kabut je jadinya. Bila tak jadi tu mula la nak menyalahkan yis ... kot2 yis yang dah expired. Tapi nampaknya skarang saya dan yis sudah bersahabat baik :-) heeeeee.... Buat la apa pon... roti, pizza, donut, pau ... insyaAllah mesti menjadi. Senyum je tengok doh tu naik menggebu2 ... eeeeeee syoknyaaaaaa ....



Masa saya search di internet pasal resepi cakoi ni, rata2 resepi cakoi ada menggunakan tawas. Saya belum pernah tengok tawas tu macamana rupa dan nak mencarinya pon saya rasa bukan mudah. Kalau setakat kedai2 runcit biasa, pasaraya besar pon belum tentu ada. Kalau nak mencari tawas ni saya rasa yang terbaik hanya ke kedai menjual bahan2 buat kek. Pada mulanya saya bayangkan tawas tu dalam bentuk cecair ... rupa2nya macam ni aje haaa ... macam garam je. Pastu ada yang letak ammonia ataupon Nutre Powder... yang ni saya tak sure pulak camane rupenya. Kalau ikutkan resepi tu kalau kita letak ammonia ni cakoi akan jadi lebih rangup. Hmmm ... maybe next time la ye saya cuba resepi yang ni bila dah ada bahan2nya.

Untuk hari ni saya buat cakoi ikut resepi  Mama Fami. Alhamdulillah ... menjadi elok, lembut dan rangup juga kulitnya. TQ ye Mama Fami. Jom tengok resepi cakoi Mama Fami yang saya copy paste kat bawah ni ...


Cakoi : langkah demi langkah
CAKOI
Resepi Asal : Mama Fami 

BAHAN2 :

400 g tepung ~ diayak
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng

CARA2NYA :

1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.



2 comments:

  1. Terima kasih insyaalah saya ingin mencoba kerana kuih ini agak sukar dibuat, adakalanya resipi yang di posted di internet tak cukup dan mengelirukan
    Roslano de hassano
    http://www.bookdepository.com/?a_aid=Bookactive

    ReplyDelete
  2. Roslano De Hassano : Terima kasih dan selamat mencuba...

    ReplyDelete