Thursday, May 31, 2012

Nasi Tomato


BAHAN2NYA :
3 cawan beras basmathi (direndam 30 minit)
3 cawan air
1 cawan susu cair
2 biji bawang besar (dikisar dengan bawang putih dan halia)
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan tomato puree
1 biji besar buah tomato yang cukup masak (dipotong kiub)
1 sudu makan tomato puree
1 sudu makan tomato sos
1/2 kiub pati ayam maggi
garam secukup rasa
sedikit gula batu
minyak sapi secukupnya dicampur dengan sedikit minyak untuk menumis
1 biji bawang besar dihiris
Sedikit kismis untuk ditabur
Sedikit bawang goreng untuk hiasan.


CARA2 :
1. Beras basmathi direndam selama 30 min. Toskan.
2. Tumis bawang, bawang putih dan halia yang telah dikisar bersama2 bahan penumis (kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang) hingga sedikit garing.
3. Masukkan buah tomato yang telah dipotong kiub kecil2. Kacau hingga tomato layu.
4. Masukkan kiub pati ayam maggi, tomato puree dan tomato sos. Kacau sebentar.
5. Masukkan air, susu, sedikit gula batu dan garam secukup rasa. 
6. Apabila air telah mendidih, masukkan beras.
7. Apabila nasi hampir kering, masukkan bawang besar yang telah dihiris. 

8. Setelah nasi masak, taburkan kismis.  Boleh juga taburkan gajus jika suka.
9. Taburkan bawang goreng semasa menghidang.



No comments:

Post a Comment