Thursday, December 29, 2011

Nasi Arab Damsyik


Semalam saya dan kawan2 ke Senawang untuk Misi Nasi Arab Damsyik ;-).  Jauh tuuuu ... dari KL ke Senawang semata2 nak makan nasi arab ... macam la dekat KL ni tak ada nasi arab kan?. Haaa ... itu la istimewanya penangan Nasi Arab Damsyik kat Senawang ni. Sekali dah rasa ... mesti akan teringat2 & akan datang lagi dan lagi. 


Sebenarnya pertama kali saya diperkenalkan dengan Nasi Arab Damsyik ni ialah semasa majlis perkahwinan kawan baik saya di Port Dickson bulan September yang lepas. Mula2 masa saya nak ambil makanan tu (hidangan style buffet), saya rasa cukup excited tengok nasinya tu ... dalam hati kata ... "wahhhhh ... ini special ni" .... Mana taknya, beras basmathinya tu memang gred super A++ ... besar dan panjang2 betul. Nasinya cukup berderai dan tak patah2 langsung macam yang biasa kita makan kat kenduri2 kawin. Hidangan sampingannya walaupon tak banyak tapi cukup menyelerakan ... ayam panggang yang dipotong besar2 dengan sos tomato yang pedas2 sikit, sos yogurt (agaknya la) ... dan salad timun yang dipotong kiub. Bila suap je ke mulut ... perghhhh ... terus jatuh hati!. Sedaaaaaap sangat ;-). Rasanya unik sikit, ringan dan tak terlalu berempah macam nasi beriani mamak atau nasi beriani gam. Rasa ayam panggangnya tu pon sedap ... lain dari yang lain. Susah nak kata camane rasanye tu melainkan kena datang dan rasa sendiri ;-) ....


Kedai ni terletak di kawasan Taman Bourgainvilla, Senawang, dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dari pukul 11 pagi hingga 11 malam. Hari Jumaat pulak dibuka dari jam 4 petang hingga 11 malam. Harga sepinggan set Nasi Arab Ayam ialah RM12 (dulu RM10 jer) dan kambing pulak RM15 (dulu RM13 ...huhuhu). Tapi rasanya masih berbaloi dan tak terlalu mahal. Nasinya banyak dan ayamnya pon besar ... puas makan. Ada jugak set untuk makan 3 orang, 5 orang dan yang lain tak ingat pulak, lupa nak ambik gambar menu ;P.


Yang pastinya lepas ni kalau saya ke Seremban ... tak ada kedai lain dah rasanya saya akan singgah untuk makan ... kompom ke Nasi Arab Damsyik ;-P ....

No comments:

Post a Comment