Thursday, May 31, 2012

Nasi Tomato


BAHAN2NYA :
3 cawan beras basmathi (direndam 30 minit)
3 cawan air
1 cawan susu cair
2 biji bawang besar (dikisar dengan bawang putih dan halia)
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan tomato puree
1 biji besar buah tomato yang cukup masak (dipotong kiub)
1 sudu makan tomato puree
1 sudu makan tomato sos
1/2 kiub pati ayam maggi
garam secukup rasa
sedikit gula batu
minyak sapi secukupnya dicampur dengan sedikit minyak untuk menumis
1 biji bawang besar dihiris
Sedikit kismis untuk ditabur
Sedikit bawang goreng untuk hiasan.


CARA2 :
1. Beras basmathi direndam selama 30 min. Toskan.
2. Tumis bawang, bawang putih dan halia yang telah dikisar bersama2 bahan penumis (kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang) hingga sedikit garing.
3. Masukkan buah tomato yang telah dipotong kiub kecil2. Kacau hingga tomato layu.
4. Masukkan kiub pati ayam maggi, tomato puree dan tomato sos. Kacau sebentar.
5. Masukkan air, susu, sedikit gula batu dan garam secukup rasa. 
6. Apabila air telah mendidih, masukkan beras.
7. Apabila nasi hampir kering, masukkan bawang besar yang telah dihiris. 

8. Setelah nasi masak, taburkan kismis.  Boleh juga taburkan gajus jika suka.
9. Taburkan bawang goreng semasa menghidang.



Wednesday, May 30, 2012

Oreo Cupcakes With Cream Cheese Frosting


OREO CUPCAKES WITH CREAM CHEESE FROSTING
Oleh : Dang Suria Zainuddin
Sumber : Majalah Saji bulan April 2012

BAHAN2 :
40 g biskut Oreo (buang krim dan dihancurkan)
250 g tepung gandum (dicampur dengan baking powder & diayak bersama)
1 sudu teh baking powder
2 biji telur
90 g mentega (dicairkan)
180 ml susu segar
100 g gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

BAHAN2 KRIM ICING:
120 g mentega
200 g gula icing
1 sudu teh esen vanilla


Untuk cupcakes yang saya buat kat atas ni, saya gunakan cream cheese frosting. Resepi yang saya guna untuk cream cheese frosting ni saya ambil dari laman web allrecipes.com. Saya buat setengah adunan daripada resepi asal dan jadi cukup2 je untuk adunan cupcakes ni.


BAHAN2 CREAM CHEESE FROSTING (1/2 adunan)
225 g cream cheese
58 g mentega
125 g gula icing
1 sudu teh esen vanilla

CARA2NYA :
1. Pukul telur bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan mentega yang telah dicairkan.
3. Masukkan susu segar.
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.
5. Masukkan oreo yang telah dihancurkan.
6. Bakar pada suhu 200c selama 10 - 12 min atau hingga masak. Sejukkan.
7. Pukul mentega dengan gula icing hingga kembang. Masukkan esen vanilla.
8. Hiaskan cupcakes dengan krim icing dan biskut oreo.


Untuk menyediakan cream cheese frosting...


1. Pukul cream cheese dengan mentega hingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan gula ising sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
4. Sedia untuk dihias pada cupcakes.