Wednesday, August 1, 2012

Kepak Ayam Madu Panggang

Dah lama sangat tak update blog. Nak harap masa cuti sekolah aje la kan baru rajin sikit nak ambik gambar masak2 dan buat entri baru. Tapi hari ni semangat lain macam sikit sebab tadi untuk buka puasa saya dapat masak kepak ayam madu panggang yang betul2 mengikut citarasa saya. Dari petang tadi sebenarnya saya dah merayau2 dari blog ke blog untuk mencari resepi kepak ayam madu panggang ni tapi tak jumpa resepi macam yang saya mahukan. Saya nak makan kepak ayam madu macam yang selalu dijual di pasar2 malam atau di pasar ramadan (yang sedap la kan ;-P ...) . Tapi, kebanyakan resepi yang saya jumpa di blog2 guna macam2 bahan macam kicap, sos tiram, sos cili dan jintan.Rupanya lain, warnanya lain dan pasti rasanya juga mesti lain. Sedap tu memang la nampak sedap tapi disebabkan saya nak buat macam yang dijual di pasar malam tu dan mengikut deria rasa saya ni bahan2 tu tak dimasukkan ... jadi saya pon main agak2 dan campak2 aje lah bahan2nya ikut firasat saya. Alhamdulillah... walaupon sangat2 simple tapi rasanya sedap dan boleh dikatakan 99 % sama. 

Kepak Ayam Madu Panggang

KEPAK AYAM MADU PANGGANG
BAHAN2NYA :
8 ketul kepak ayam
3-4 sudu makan serbuk cili
1-2 sudu makan gula merah 
2-3 sudu gula pasir (kebetulan saya tak ada madu tadi ... so ganti dengan gula)
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa
beberapa sudu air
sedikit minyak masak

CARA2 :
1. Basuh dan toskan kepak ayam.
2. Campurkan semua bahan2 kering. Bancuh dengan beberapa sudu air hingga menjadi pes yang pekat. Kebanyakan bahan ni sukatannya saya main agak2 je. So sesuaikan la secukup rasa ye.
3. Masukkan kepak ayam yang telah ditos. Gaul rata dan biarkan ia diperap seketika.
4. Panaskan ketuhar. Sapukan sedikit minyak pada dulang pembakar dan titiskan sedikit minyak di atas ayam sebelum dipanggang.
5. Panggang selama 15 minit. Terbalikkan kepak ayam selepas 10 minit supaya ia masak dengan rata.
6. Kepak ayam madu panggang siap untuk dihidang.


4 comments:

  1. Terliur ngat aih . hehe ^^
    Angah tolong jaga alya sehari . Upahnya masakkan sedap2 utk angah boleh ?
    Yeayy . sayang mak cu . hihi ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bangattttt.... Meh datang sini mehhh.... Makcu masakkan sedap2 tuk angah.... Sebut je nak makan apa.....

      Delete
    2. yeayy . haha . nanti ahh . time2 posa ni tak best pi rumah mak cu siang2 . hihihi ^^

      Delete
    3. Okehhhhb.....bolehhh jerr...

      Delete