Baked Macaroni and Cheese |
OkEy ....
Ini adalah first entry saya pasal masak memasak ... heeeeeee ;-P
Ini adalah first entry saya pasal masak memasak ... heeeeeee ;-P
So hari ini ... saya mencuba satu resepi yang dah lama sangat saya nak buat.
Resepi ni daripada blogger pujaan hati saya iaitu Kak Ida 1001resepi.
Resepi-resepi Kak Ida ni sangat lah sesuai dengan jiwa dan selera saya.
Dah banyak juga resepinya yang saya cuba.
Tapi untuk macaroni bakar yang saya buat hari ni tak le 100% mengikut resepi Kak Ida yang asal.
Sebabnya tengah memasak baru perasan ada bahan2 yang tak ada.
Alhamdulillah ... walaupon diganti dengan apa yang ada kat rumah rasanya tetap sedap.
Kalau nak cuba resepi yang asal boleh klik link kat bawah tu...
Baked Macaroni and Cheese (yang dah saya ubahsuai sikit nama dan bahan2nya...heeee)
Resepi asal : Kak Ida 1001resepi
Bahan A :
1/4 daging kisar (saya guna jenama Ramly, ada 2 keping pakai suku je)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kering yang dikisar
3 sudu besar sos spaghetti
1 biji bawang besar dipotong dadu
Garam dan gula secukup rasa
- Tumis bawang + bawang putih + cili kering yang telah dikisar.
- Masukkan sos spaghetti.
- Masukkan daging + garam + gula. Tambah air sikit, masak sampai kering.
- Last skali, masukkan bawang yang dipotong dadu.
Bahan B :
2 cawan susu full cream
2 biji telur
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh dry parsley (saya letak 1/2 sudu teh je)
1 sudu teh dry basil (pon letak 1/2 sudu teh jugak)
1 paket onion sup mix atau beef cube (yang ni le takde. so saya guna je 1 paket (21.1g) serbuk Krim Cendawan Campbell
Salt and pepper.
- Kacau sebati susu + telur + tepung + serbuk sup cendawan (saya pakai blender je).
- Masukkan dry parsley + dry basil + salt and pepper.
Bahan C :
Macaroni yang direbus sampai lembut sikit (jangan sampai lembik. banyak mana tu agak2 je)
Minyak zaitun / butter
Mozarella Cheese
Sos cili
Cara-caranya :
- Panaskan oven 200C.
- Sapu minyak zaitun pada acuan (saya pakai butter je).
- Masukkan sedikit macaroni yang dah direbus.
- Tuangkan Bahan B.
- Sudukan Bahan A (inti)
- Taburkan mozarella cheese.
- Paipkan sedikit sos cili di atas lapisan cheese.
- Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 200C (ikut oven ... saya 180C selama 20 min)
Nampak banyak je bahan2 & stepnya kan? Tapi sebenarnya mudah je membuatnya. Kalau masa keluar dari oven memang nampak macam lembik sikit. Tapi jangan risau ... biarkan dia sejuk sikit baru keluarkan dari acuan. Bila dah betul2 sejuk nanti sedang elok je kerasnya ;-).
No comments:
Post a Comment