Saturday, December 31, 2011

Takwim Persekolahan 2012

Sesi persekolahan bagi tahun 2012 bakal bermula. Sebagai rujukan untuk rakan guru, ibu bapa dan diri saya sendiri, saya tempekkan kat sini Takwim Persekolahan Tahun 2012 bagi negeri-negeri Kumpulan A dan B (sumber : Laman web Kementerian Pelajaran Malaysia).

Kepada mereka yang nak merancang program Cuti2 Malaysia bersama keluarga tahun hadapan ataupon bercadang2 nak menempah tiket penerbangan Air Asia, boleh lah rujuk takwim ni dan buat tempahan tiket awal2 ;-)

KUMPULAN A : KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU


KUMPULAN B : PERLIS, PULAU PINANG, PERAK, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, JOHOR, PAHANG, SABAH, SARAWAK, KUALA LUMPUR, LABUAN & PUTRAJAYA.


CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI


Selamat kembali ke sekolah saya ucapkan kepada semua murid dan selamat bertugas kepada semua guru. Semoga pada tahun ini kita akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.


Thursday, December 29, 2011

Nasi Arab Damsyik


Semalam saya dan kawan2 ke Senawang untuk Misi Nasi Arab Damsyik ;-).  Jauh tuuuu ... dari KL ke Senawang semata2 nak makan nasi arab ... macam la dekat KL ni tak ada nasi arab kan?. Haaa ... itu la istimewanya penangan Nasi Arab Damsyik kat Senawang ni. Sekali dah rasa ... mesti akan teringat2 & akan datang lagi dan lagi. 


Sebenarnya pertama kali saya diperkenalkan dengan Nasi Arab Damsyik ni ialah semasa majlis perkahwinan kawan baik saya di Port Dickson bulan September yang lepas. Mula2 masa saya nak ambil makanan tu (hidangan style buffet), saya rasa cukup excited tengok nasinya tu ... dalam hati kata ... "wahhhhh ... ini special ni" .... Mana taknya, beras basmathinya tu memang gred super A++ ... besar dan panjang2 betul. Nasinya cukup berderai dan tak patah2 langsung macam yang biasa kita makan kat kenduri2 kawin. Hidangan sampingannya walaupon tak banyak tapi cukup menyelerakan ... ayam panggang yang dipotong besar2 dengan sos tomato yang pedas2 sikit, sos yogurt (agaknya la) ... dan salad timun yang dipotong kiub. Bila suap je ke mulut ... perghhhh ... terus jatuh hati!. Sedaaaaaap sangat ;-). Rasanya unik sikit, ringan dan tak terlalu berempah macam nasi beriani mamak atau nasi beriani gam. Rasa ayam panggangnya tu pon sedap ... lain dari yang lain. Susah nak kata camane rasanye tu melainkan kena datang dan rasa sendiri ;-) ....


Kedai ni terletak di kawasan Taman Bourgainvilla, Senawang, dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dari pukul 11 pagi hingga 11 malam. Hari Jumaat pulak dibuka dari jam 4 petang hingga 11 malam. Harga sepinggan set Nasi Arab Ayam ialah RM12 (dulu RM10 jer) dan kambing pulak RM15 (dulu RM13 ...huhuhu). Tapi rasanya masih berbaloi dan tak terlalu mahal. Nasinya banyak dan ayamnya pon besar ... puas makan. Ada jugak set untuk makan 3 orang, 5 orang dan yang lain tak ingat pulak, lupa nak ambik gambar menu ;P.


Yang pastinya lepas ni kalau saya ke Seremban ... tak ada kedai lain dah rasanya saya akan singgah untuk makan ... kompom ke Nasi Arab Damsyik ;-P ....

Friday, December 23, 2011

Kare Pan

Kare Pan
Juadah minum petang merangkap makan malam hari ini ... Kare Pan. Mendengar namanya saja buat kita tertanya2 ... salah eja ke ???. Bukan ... bukan salah eja... cuma resepi ni kata Kak Hana memang famous kat Jepun yang bermaksud Roti Kari. Memang sedap aja nampaknya Kare Pan yang Kak Hana buat. Jadi petang tadi saya pon mencuba resepi Kak Hana ni. Memang sedap ... gebu tapi rangup sangat di luar. TQ ye Kak Hana, mintak izin tempek resepi kat sini ;-).

... nak jugak tayang gambar si cantik gebu ni ;-p

KARE PAN
Resepi Asal :Hana

BAHAN2 :
  • 200g tepung gandum @tepung roti
  • 16g butter
  • 18g gula
  • 4g yis kering
  • 2g garam
  • 90-110ml susu segar suam (resepi asal 150ml tp agak lembik)
  • Utk saduran - Telur dan breadcrumbs
 
Inti yang saya buat ikut cara sendiri ...
    Inti Kari (cara Kak Hana)
    • 3-4 biji kentang - potong dadu
    • 1/2 btg carrot - potong dadu
    • 100g daging cincang - hana gune ayam
    • 1/4 bawang besar
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 sudu makan ikan bilis@udang kering - hana campur
    • 2 sudu makan serbuk kari - bancuh jd pes
    • 2 sudu makan tepung katakuriko - (resepi asal) - hana x ltk
    • hirisan daun sup
    • garam dan gula

     

    CARA2NYA :
    • Utk membuat inti - blend bwg besar,bwg putih, ikan bilis dan udang kering. Panaskan minyak. Tumis bhn blend. Masukkan pes kari. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging. Kacau lagi. Masukkan pula kentang dan juga carrot serta air secukupnyer. Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kentang empuk. Last skali taburkan hirisan daun sup. Resepi asal ltk tepung supaya agak mudah nak masukkan ke dalam roti. Sejukkan.
    • Untuk membuat roti - Masukkan semua bahan ke dalam BM. Pilih setting dough. ONkan tunggu hingga siap. Jika menggunakan tangan uli semua bahan (gaul bhn kering dahulu). Masukkan campuran air@susu segar suam dan yis yang telah diaktifkan terlebih dahulu sedikit demi sedikit hingga tidak melekat di tangan, lembut dan elastik. Perap doh hingga naik dua kali ganda.
    • Tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 20-30g setiap satu. Canaikan memanjang seperti membuat cek mek molek. Masukkan inti. Tutup dengan rapat agar inti tidak keluar semasa menggoreng. Buat sehingga habis.
    • Kocok2kan telur. Celup roti tadi ke dalam telur. Seeloknya gune penapis supaya senang nak angkat dan toskan telur yg berlebihan. Golek2kan ke dalam breadcrumbs. Buat sehingga habis. Rehatkan seketika lebih kurang 10-15min.
    • Panaskan minyak. Goreng pan tadi hingga keperangan. Angkat dan toskan. Enak dimakan panas2. 

    Thursday, December 22, 2011

    Cucur Udang Jagung

    Sedapnya tengok cucur udang berjagung Kak Ida dari 1001 Resepi. Dah lama sangat terliur dan teringin nak buat. Kebetulan masa pergi jalan2 cari makan ke Penang - Kelantan - Terangganu baru2 ni saya ada singgah beli jagung dekat tepi2 jalan di Terengganu. Nama tempatnya saya tak ingat pulak. Jagung manis selonggok ada 6 tongkol harganya RM10. 3 tongkol dah selamat saya buat bubur jagung durian hari tu. Memandangkan jagung masih berbaki 3 tongkol dan saya nak clearkan peti sejuk saya tu, petang tadi saya buatlah cucur udang berjagung ala Kak Ida ni.


    Cucur udang jagung saya ni tak tentu hala sikit bentuknya ... tak bulat2 macam Kak Ida punye.  Sengaja saya buat macam tu sebab saya memang suka bentuk gaya bebas macam ni supaya dia jadi lebih crispy di luar dan lembut di dalam. Jom kita tengok resepi cucur udang berjagung Kak Ida ni. Saya mintak izin copy paste resepinya di bawah ye Kak Ida ... 

    CUCUR UDANG BERJAGUNG
    Resepi Asal :Kak Ida 1001 Resepi
     
    2 cawan tepung gandum
    1/4 sudu teh baking soda
    1 cawan udang kecil putih
    3/4 cawan bawang besar putih cincang
    1 biji cili merah cincang
    1 cawan daun kucai cincang
    3/4 cawan isi jagung, fresh atau frozen
    2 sudu kecil garam
    1 sudu besar gula
    1 sudu kecil kunyit serbuk
    perisa jika suka
    (campurkan semua bahan diatas dalam sebuah mangkuk, gaul)

    air...
    campurkan 1/2 cawan air panas thermos dengan 1 1/2 cawan air biasa
    extra...1/2 cawan tepung gandum 


    CARA2NYA :

    - Tuangkan air sedikit-sedikit ke dalam campuran tepung dan gaul rata...
    - Tambahkan setengah cawan tepung extra tadi sikit-sikit dan gaul hingga betul-betul sebati...texturenya harus likat seperti foto bawah ni... 
    - Panaskan minyak dalam deep frying pan kepada 180C...
    - Sendukkan dengan sudu bulat dalam ukuran 2 sudu besar dan goreng hingga kekuningan...
    - Hidang panas dengan sos dan mayonnaise... 
     

    Kari Udang Laut

    Kari Udang Laut
    Rasanya semua orang pon tau cara nak masak kari kan ;p ?. Tapi entri kali ni adalah special request daripada husband saya sebab lauk kari memang menjadi kesukaan dia. Boleh kata kalau dia diminta memilih untuk makan dimana ... memang kedai mamak la jawabnya. Kari kambing memang menjadi pilihan nombor satu dia selain dari kari ikan, udang dan sotong. Kalau kari ayam dia tak layan pulak. Rasanya sejak berkahwin ni, dah dekat dua tahun saya tak masak kari ayam ;P

    Kari udang ni pulak kena pilih2 udang. Husband saya sekarang ni hanya suka makan udang laut ... udang bela ni dia dah kurang minat. Mungkin dah kerap sangat makan udang dari kecik kot. Kalau saya, tak kisah apa pon ... asalkan udang tak ada la bezanya sangat. Sekali sekala husband saya kalau balik dari Port Dickson, dia akan singgah pasar kat kampung dia di Kg. Chuah untuk beli udang laut. Dekat Kg. Chuah ni ada dijual hasil laut yang fresh2 dari Pengkalan Nelayan Sg. Rambai. Jadi udang laut yang dibeli kat sana memang lah sangat fresh dan jarang2 boleh didapati di pasar2 kat KL ni. Kalau pada musim perayaan tahun baru cina, harga udang ni boleh meningkat dari RM40 sekilo ke RM50 atau RM60 sekilo mengikut saiz disebabkan permintaannya yang tinggi.


    Di sini saya nak share sedikit tips yang diberikan oleh penduduk tempatan berbangsa Cina di Kg. Chuah ni tentang cara2 untuk menyimpan udang supaya kekal segar. Caranya ialah dengan merendam udang hingga tenggelam dengan air yang ditaburkan dengan sedikit gula. Simpan di dalam peti dingin beku sehingga udang beku di dalam ketul ais tadi. Udang akan kekal segar walaupon disimpan berbulan. Menurut masyarakat Cina di sini, begitulah cara mereka menyimpan stok udang lebih awal  bagi persediaan untuk menyambut tahun baru cina.


    Berbalik kepada menu kari udang laut tadi, kalau ikut selera husband saya, gaya masakan kari udang yang dia suka mesti lah sedikit pedas dan berkuah pekat. Kalau rasa2nya anda nak cuba, jom semak resepi di bawah.

    KARI UDANG LAUT

    BAHAN2 :
    +- 500g udang laut (atau sebarang udang)
    2 biji bawang besar - dihiris
    5 ulas bawang putih - dihiris
    5 hiris halia
    1 sudu teh halba
    1 sudu teh biji sawi
    1/2 sudu teh jintan kasar
    1/2 sudu teh jintan halus 
    +- 3/4 cawan serbuk kari daging (dibancuh dengan sedikit air menjadi pes)
    +- 1/4 cawan serbuk cili (dicampurkan dengan serbuk kari, dijadikan pes)
    +- 2 sudu teh asam jawa extra (secukup rasa)
    3 tangkai daun kari
    2 cawan air (agak2 ikut kepekatan)
    1 paket santan segar
    1 cawan minyak untuk menumis
    garam secukup rasa

    CARA2NYA :

    1. Panaskan minyak, tumis bawang besar + bawang putih + halia + halba + biji sawi + jintan kasar + jintan halus hingga wangi dan sedikit garing.
    2. Masukkan rempah kari + daun kari. Tumis hingga rempah cukup masak dan garing.
    3. Masukkan air + asam jawa extra + santan + garam. Biarkan hingga mendidih.
    4. Masukkan udang dan masak hingga kuahnya sedikit pekat dan terbit minyak.
    5. Siap untuk dihidang bersama nasi panas2 ;P.



    Sunday, December 18, 2011

    Cakoi

    Malam semalam dekat FB saya tengok kawan saya Yoo di Hiroshima buat karipap.  Nampak sedap betul karipap inti kari tuna dia. Nasib baik la dah lewat malam ... kalau awal lagi mau saya pon buat jugak. Disebabkan terliur tengok karipap tuna dia, saya pon mula la pasang angan2 nak buat karipap kari tuna pagi ni. Tapi, kerana malas nak keluar ke tesco mencari tuna flakes... langsung tak jadi buat...

    Lepas tu teringat pulak nak buat cakoi ni. Skarang ni saya memang minat betul nak bermain dengan doh ni. Bukan apa, suka sangat setiap kali tengok doh tu jadi cantik gebu bila dikeluarkan dari breadmaker tu. Kalau dulu, apa saja yang saya buat menggunakan yis ni jarang2 menjadi. Tak reti sungguh nak masak gunakan yis ... mesti kelam kabut je jadinya. Bila tak jadi tu mula la nak menyalahkan yis ... kot2 yis yang dah expired. Tapi nampaknya skarang saya dan yis sudah bersahabat baik :-) heeeeee.... Buat la apa pon... roti, pizza, donut, pau ... insyaAllah mesti menjadi. Senyum je tengok doh tu naik menggebu2 ... eeeeeee syoknyaaaaaa ....



    Masa saya search di internet pasal resepi cakoi ni, rata2 resepi cakoi ada menggunakan tawas. Saya belum pernah tengok tawas tu macamana rupa dan nak mencarinya pon saya rasa bukan mudah. Kalau setakat kedai2 runcit biasa, pasaraya besar pon belum tentu ada. Kalau nak mencari tawas ni saya rasa yang terbaik hanya ke kedai menjual bahan2 buat kek. Pada mulanya saya bayangkan tawas tu dalam bentuk cecair ... rupa2nya macam ni aje haaa ... macam garam je. Pastu ada yang letak ammonia ataupon Nutre Powder... yang ni saya tak sure pulak camane rupenya. Kalau ikutkan resepi tu kalau kita letak ammonia ni cakoi akan jadi lebih rangup. Hmmm ... maybe next time la ye saya cuba resepi yang ni bila dah ada bahan2nya.

    Untuk hari ni saya buat cakoi ikut resepi  Mama Fami. Alhamdulillah ... menjadi elok, lembut dan rangup juga kulitnya. TQ ye Mama Fami. Jom tengok resepi cakoi Mama Fami yang saya copy paste kat bawah ni ...


    Cakoi : langkah demi langkah
    CAKOI
    Resepi Asal : Mama Fami 

    BAHAN2 :

    400 g tepung ~ diayak
    1 cawan air
    1 sudu besar majerin ~ dicairkan
    1 sudu kecil garam
    3 sudu besar gula
    1 sudu besar susu pekat manis
    1 kuning telur
    2 sudu kecil yis segera
    1/2 sudu kecil soda bikarbonat
    minyak untuk menggoreng

    CARA2NYA :

    1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
    2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
    3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
    4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
    5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
    6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
    7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
    8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.



    Saturday, December 17, 2011

    Pandan Slice Cheese Cake

    Aduhai ... banyak sungguh dugaan nak membuat kek yang satu ni.  Dah tiga kali buat tak pernahnya nak menjadi....huhu.  Entah kat mana la agaknya yang silap tu ye ?.  Sedeynyaaaa ;-(.  Kalau ikutkan resepi Hana ni senang aje buatnya.  Bahan2nya mudah dan cara buatnya pon simple aje.  Tapi entah kenapa ntah ... setiap kali buat akan jadi satu layer nipis kat bawah kek tu yang macam tak masak .. macam jadi puding pulak.  Bagi orang yang tak terer buat kek macam saya ni memang main nasib2 aje. Kalau jadi pon tak tau kenapa dia boleh jadi ... kalau tak jadi memang la tak tau kenapa dia tak jadi...hehe... 

    Pandan Slice Cheese Cake
    Sebelum ni saya pernah buat Japanese Cotton Cheesecake ... jadi elok sesangat.  Kek ni pon lebih kurang sama je macam Japanese Cotton Cheesecake tu ... cuma yang ini pakai cheese slice dan bubuh perisa pandan. Entah silap teknik kot saya ni ?... tu yang tak menjadi sangat tu ... huuuu.  Tapi dalam tiga kali percubaan buat kek ni ... yang ni la okay sikit.  Sekurang-kurangnya kali ni layer yang tak jadi tu nipis aje  .... tercabut skali masa tarik kertas alasnya tu. Nasib laaa .... janji yang atasnya boleh dimakan. Kek ni memang sedap.  Ringan, gebu macam kapas dan tak berapa manis. Kalau ada yang nak rasa manis2 sikit tu kena tambah la gulanya ye. Rasa tak puas hati ni ... nanti nak cuba buat lagi sampai menjadi cantik gebu halus macam Hana punye ni ha. Cantikkan ? ... Kalernya pon syahdu je. Saya punye dah terlebih hijau ;-(.  Ok ... kalau ada yang nak try resepinya seperti di bawah.  Hana tq ... saya mintak izin copy paste kat sini ye.


    PANDAN SLICE CHEESE CAKE
    Resepi Oleh : Hana

    BAHAN2 :
    • 4-5 keping slice cheese
    • 200 ml susu segar
    • 70 gram butter atau marjerin
    • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
    • 70 gram gula
    • 4 biji telur saiz M
    • beberapa titik esen vanila
    • sesudu kecil perisa pandan@pandan emulco
    • pewarna hijau

    CARA2NYA : 
    1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar (saya susun 5 keping dan hiris halus ... senang cair).
    2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. Kacau sentiasa.*Hana masukkan sesudu kecil perisa pandan n pewarna hijau. Kacau.
    3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
    4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
    5. Di dalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
    6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan .
    7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
    8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. Tak rugi mencubanya.

    Friday, December 16, 2011

    Italian Pizza

    Setelah puas berjalan2 makan angin dan makan2 hari ini saya kembali dengan rutin masak memasak. Rindu rasanya nak makan masakan sendiri dan mengeksperimen resepi2 baru :-).  Disebabkan hari ini saya berseorangan di rumah, mood nak makan nasi dan memasak lauk pauk memang kureng. Kalau dah tinggal sorang ni saya lebih suka masak yang ringkas2 macam kueh2, mee atau mihun goreng.  


    Hari ni saya teringat nak buat pizza memandangkan bahan2 semua ada di rumah. Saya guna resepi pizza dari buku resepi Chef Agnes Chang. Mudah saja membuatnya dan filling pon saya guna bahan2 yang mudah je ... maklum la makan sorang2 ... buat yang simple2 aje udah. Dulu saya buat doh pizza ni manual je uli tangan, pon jadik menggebu jugak. Kali ni saya guna BM pulak.


    ITALIAN PIZZA
    Resepi oleh : Chef Agnes Chang

    BAHAN A :
    1 sudu teh yis mauripan
    60 ml air
    45 ml susu segar
    1 sudu teh gula kastor

    BAHAN B :
    180 tepung (saya guna tepung roti)
    1/2 sudu teh garam halus

    BAHAN C :
    1/2 sudu makan butter

    FILLING :
    3 sudu makan pes tomato (saya guna sos spaghetti ready made je)
    4 sosej yang dihiris
    3 sudu makan tuna spread (saya tambah, saya guna tuna mayo Ayam Brand)
    1/2 lada benggala hijau
    1 biji bawang besar
    300 gram mozarella cheese yang diparut
    5 biji bawang putih dicincang halus dan dicampur dengan 2 sudu makan minyak
    1 biji

    CARA2NYA :
    - Campurkan Bahan A dan biarkan ia hingga berbuih (lebih kurang 15 minit)
    - Bahan B diayak ke dalam mangkuk, masukkan Bahan A dan C.  Uli hingga lembut.
    - Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan ia naik dua kali ganda.
    - Setelah doh naik dua kali ganda, tumbuk doh dan biarkan ia naik semula dalam tempoh 15 minit.
    - Canai dan tekan doh menjadi lebh kurang 3mm tebal dan ukuran 22cm.

    CARA LAIN :
    - Satukan dahulu bahan2 basah untuk membuat doh ke dalam BM.
    - Masukkan bahan2 kering.
    - Pilih menu dough dan tekan butang ON. (siap dalam 1 jam setengah).

    - Letakkan doh di atas dulang pembakar yang telah disapu butter.
    - Sapukan sos spaghetti di atas doh diikuti dengan tuna spread.
    - Susun sosej yang dihiris diikuti dengan bawang besar dan lada benggala.
    - Taburkan parutan mozarella cheese dan minyak bawang bawang putih.
    - Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C dalam 15-20 minit. 


    Untuk resepi di atas ni, saya boleh dapat dua keping pizza saiz regular.  Kalau nak buat sekeping pizza pon boleh dan cuma dia akan jadi tebal sket macam pizza kat pizza hut tu.  Saya memang suka pizza yang nipis sikit.

    Wednesday, December 14, 2011

    JJCM : Penang - Kelantan - Terengganu

    Ahad, 11.12.2011 - Kuala Sepetang, Perak
    Destinasi 1 - Warung Mee Udang Banjir Mak Teh, Kuala Sepetang
    Catatan : Dekat Kuala Sepetang ni memang popular dengan warung mee udang tapi saya tak tau nak pegi yang mana satu.  Saya singgah je dekat warung mee udang banjir mak teh ni sebab itu yang saya lalu dulu dan nampak ramai sangat orang yang singgah.  Saya kurang minat dengan mee yang berkuah.  So pada saya stakat boleh tahan je la.  Cuma yang bestnya dia guna udang laut yang fresh.  Suami saya makan mee goreng udang laut.  Disebabkan hanya mee goreng, saya tak la pulak ambik gambar.  Rupanya2 punye la sedap mee goreng udang laut dia.  Serius sedap gile !! ... suami saya teringat2 sampai ke sudah ...


    Ahad, 11.12.2011 - Penang
    Destinasi 2 - Restoran Nasi Kandar Beratur, Jalan Masjid Kapitan Keling
    Catatan : Dibuka waktu malam sahaja mulai jam 10:00. Walaupon letih kerana terpaksa tercegat dan beratur selama sejam untuk dapatkan nasi kandar ni, pada saya nasi kandar ni stakat okay2 je sebab saya lebih sukakan kari yang pedas membahang. Kari kedai ni tak pedas langsung. Orang yang tak makan pedas suka la kot ...


    Isnin, 12.12.2011 - Penang
    Destinasi 3 - Restoran Pelita Nasi Kandar, Seberang Perai.
    Catatan : Sarapan pagi saya di Nasi kandar kat Pelita ni lagi okay. Kira puas hati jugak la. Baru la terasa makan nasi kandar ala Penang walaupon kedai ni kat KL pon ada...


    Destinasi 4 - Restoran Nasi Kandar Subaidah
    Catatan : Dah tak lalu nak makan nasi kandar ... untuk tengahari makan mee goreng mamak je ... 

     

    Isnin, 12.12.2011 - Gerik, Perak
    Destinasi 5 - Hentian R&R Sungai Rui
    Catatan :  Perjalanan ke pantai timur melalui lebuhraya Gerik - Jeli sangat mendebarkan.  Walaupon pemandangan gunung-ganangnya sangat cantik dan keadaan jalanraya pon sangat baik tapi ..... saya ni memang seram dan gayat bila lalu kawasan tanah tinggi.  Dah la papan tanda gajah melintas ada di mana2 ....  Apapon tenangkan diri dan berhenti rehat sekejap di Hentian R&R Sungai Rui, makan nasi goreng ayam ni... boleh laaa ...

     

    Selasa, 13.12.2011 -Gerik, Perak
    Destinasi 6 - Medan Selera Pekan Gerik
    Catatan : Disebabkan hari dah gelap dan perjalanan ke pantai timur masih jauh, saya dan suami bermalam di Gerik. Esok paginya keluar awal pagi, masih banyak kedai makan yang tak dibuka. Akhirnya singgah makan di medan selera di pekan Gerik. Nasi lemak ni boleh tahan sedap. Bukannya senang nak cari sambal nasi lemak yang sesuai dengan selera saya ;-)... 


    Selasa, 13.12.2011 - Kota Bharu
    Destinasi 7 - Lido Corner, Jalan Post Office Lama, Kota Bharu
    Catatan : Walaupon pada asalnya saya dan suami merancang nak terus ke Kuala Terengganu, tapi akhirnya kami singgah mencari sup dan daging bakar di Lido Corner, Kota Bharu pada waktu lunch. Jarak nak ke KB pon tak la jauh sangat.  Lagipon terkenangkan sup dan daging bakar Lido Corner yang sangat sedap ni.  Dalam perjalanan dari Jeli ke Kota Bharu tu sempat juga saya singgah di tepi2 jalan beli kueh Akok ni.  Tak lengkap pulak rasanya kan pegi ke pantai timur kalau tak makan kueh Akok ;P...
     
     
     
    Selasa, 13.12.2011 - Kuala Terengganu
    Destinasi 8 - Medan Selera Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu
    Catatan : Saya tak berapa tau nak makan kat mana kat bandar KT ni. Memandangkan dulu saya dan suami pernah makan di medan selera dekat area Dataran Syahbandar ni, so kali ni pon kami ke sana juga.  Tak ada kedai tertentu yang nak dituju, main masuk je mana2 kedai yang ramai orang.  Kalau dah ramai tu mesti la sedap agaknya kan.  Ikan pari bakar bersambal ni kira okay la ... sedap la jugak.  Yang lain tu biasa2 je.

     

    Rabu, 14.12.2011 - Kuala Terengganu
    Destinasi 9 - Pekan Kuala Terengganu
    Catatan : Kalau bab2 sarapan pagi saya memang suka sangat sebabnya menu sarapan pagi ni selalunya banyak yang best2.  Saya singgah kat satu kedai ni di pekan KT.  Tapi sayangnya tak ingat pulak nak ambik nama kedainya.  Kali kedua ke sini, kedai ni sentiasa sesak dan boleh kata majoriti yang datang ke sini akan makan nasi kerabu.  Yang specialnya, daging bakar dan ayam bakar ni dibakar panas2 kat depan kedai ni. Itu yang menjadi daya penarik tu ... dah la baunya sedap, dapat makan daging dan ayam bakar yang panas2 lagi dengan nasi kerabu. Sedap !.
     

    Destinasi 10 - Mak Ngah Nasi Dagang, Chendering, Kuala Terengganu
    Catatan : Ini sarapan kali kedua namanya ni ... haha ... dek kerana nak merasa sangat nasi dagang Mak Ngah ni.  Kedai ni direkomen oleh seorang staff kat pasaraya Mydin di bandar KT.  Carik2 dekat foursquare pon saya tengok nasi kandar ni memang banyak mendapat pujian. So apa lagi ... set dekat Papago dan mulakan pencarian.  Tak susah pon nak carinya ... memang laluan kami nak balik ke Kuantan.  Nasi dagang ni memang sedap.  Tengok la nasinya tu yang besar2 dan sebijik2...cantik betul berasnya tu.
     
     

    Destinasi 11 - Hai Peng Kopitiam, Chukai
    Catatan : Disebabkan perut tak terasa lapar sangat sebab dah bersarapan dengan meriahnya pagi tadi, untuk lunch saya singgah kat Kedai Kopi Hai Peng ni je dekat bandar Chukai ataupon Kemaman.  Saya dan suami memang suka minum kopi dan makan roti bakar kat kedai ni.  Kalau ke KT mesti singgah minum kat sini.  Yang specialnya roti bakar kat sini memang homemade.  Roti dia mmg fresh sangat mcm baru dibakar, bukan macam roti2 yang biasa kita boleh beli kat kedai2 tu.  Roti ni lembut, tapi kulit bun tu macam nipis dan  crispy sket.... tulah yang sedapnya tu....


    Destinasi 12 - Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman
    Catatan : Sebelum balik ke KL saya singgah di Pantai Teluk Mak Nik di Kemaman untuk beli keropok keping.  Sambil2 tu singgah kat satu kedai ni (pon tak ingat nak ambik namanya) untuk beli sata.  Saya pernah makan sata kat kedai ni sebelum ni, memang sedap ...
     
     

    Hmmm .... dah balik KL ni nampak gayanya hari2 kena makan sup sayur dan sup ikan je ... hehe ...